Apabila tiba bulan ramadhan mesti akan ada yang ingin mencari tempat yang menyediakan servis buffet untuk berbuka puasa. Bagi mereka yang tinggal di Melaka atau berhampiran dengan Melaka, banyak tempat ada menyediakan servis ini.
Rumah belanda yang terletak di jalan kota banda hilir 75000 Melaka ada menyediakan buffet untuk berbuka puasa. Ia berlangsung dari 13 mac hingga 8 april 2024 bermula 6 petang sehingga 10 malam. harga yang ditawarkan adalah RM 75 bagi dewasa dan RM 55 bagi kanak – kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Antara menu yang dihidangkan adalah Lamb Grill, Masakan kampung, masakan barat, live cook, kuih muih tradisional dan lebih 100 menu setiap hari.
Syarikat batik katering juga ada menyediakan khidmat buffet sempena ramadhan ini. Ia berlangsung di Jalan Bukit Sebukor Melaka bermula 13 mac hinnga 9 april 2024 dari jam 6.30 petang sehingga 9 malam. Untuk maklumat mengenai menu yang disediakan anda boleh terus menghubungi mereka di talian yang tertera di atas. Harga RM 45 bagi dewasa dan RM 37 bagi warga emas dan kanak kanak 6 hingga 11 tahun.
Bagi yang pernah sampai ke Melaka pasti pernah mendengar mengenai Hotel Sentral Riverview Melaka. Hotel juga ada menyediakan servis berbuka puasa bagi ramadhan kali ini. Dengan tema citarasa kampungku, harga yang ditawarkan adalah serendah RM 55 bagi dewasa dan RM 35 bagi warga emas dan kanak kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Menu istimewa adalah nasi beriyani tanam pada setiap hari jumaat.
Tun Fatimah Riverside Hotel juga ada menyediakan buffet untuk berbuka puasa sempena Ramadhan kali ini. Hotel ini terletak di Jalan Munshi Abdullah Kampung Jawa, Melaka. Harga bagi pakej yang ditawarkan adalah serendah RM 68 bagi dewasa. Terdapat kemudahan lain yang disediakan iaitu parking percuma, surau dan wifi.
Puteri Bay Hotel Melaka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet berbuka puasa yang bermula dari 13 mac hingga 7 april bermula jam 6.30 petang hingga 7 april 2024. Menu yang disediakan sangat lah banyak serta menarik. Harga yang ditawarkan pula adalah serendah RM 60 bagi dewasa dan RM 38 bagi kanak kanak. Menu istimewa adalah arab cuisine nasi mandy.
Bagi yang pernah pergi ke Melaka Premium Outlet pasti akan pernah nampak tempat ini. Afamosa Resot juga ada menyediakan buffet sempena ramadhan kali ini. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM 78 bagi dewasa dan RM 68 bagi kanak kanak serta warga emas. Terdapat juga persembahan bunga api yang diadakan selepas berbuka puasa bermula 9 Malam.
Jika malam menjelang di sini dan siang pergi di sini, dan matahari terbenam, maka orang yang berpuasa hendaknya berbuka.
HR. Bukhari, nomor 1954, Muslim, 1100
Jika anda ingin membuat pesanan awal, anda boleh hubungi pihak yang berkaitan dengan menggunakan nombor yang tertera di dalam gambar di atas.
Qurta murah untuk majlis berbuka puasa : https://shope.ee/3pzWqK7qsK
Penulis : Azamuddin Abdul Rahman
Dah boleh masuk dalam plan berbuka company bulan puasa