Kawan renergy berhad baru baru ini telah menawarkan IPO di bursa saham Malaysia. IPO ini telah dibuka di platform penawaran pada 29 April 2024 dan tarikh tutup nya adalah 14 May 2024. Harga tawaran yang dibuka adalah serendah RM 0.30 sen sahaja. Ia merupakan harga yang sangat berbaloi untuk anda rebut. Tarikh undian bagi IPO ini adalah pada 17 May 2024.
Syarikat ini menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM 33 Juta daripada tawaran awam permulaan (IPO). Syarikat ini berhsarat untuk menggunakan hasil tersebut untuk memenuhi permintaan peralatan proses perindustrian.
Kami bercadang memperuntukkan RM 15 juta (45.5%) daripada hasil IPO bagi menambah modal kerja untuk projek loji penjanaan yang sedang berjalan dengan jangkaan pertumbuhan dalam skala kami. Bakinya akan digunakan untuk membeli jentera tambahan dan banyak lagi.
Pengarah Urusan Lim Thou Lai
Selepas penyenaraian, syarikat akan mempunyai permodalan sebanyak RM 165 juta.
Sedikit maklumat lain untuk syarikat ini adalah, syarikat ini bertapak di Shah Alam, Malaysia. Ia mengendalikan dan mengeluarkan pelbagai mesin industry dan peralatan untuk pelbagai sektor.
Jika anda berminat untuk membeli IPO ini. Anda boleh terus membeli di laman pembelian IPO seperti Maybank2u ataupun lain lain.
Penulis : Azamuddin Abdul Rahman